Hati, Tangan, Jiwa

Tuhan,
Pegangi hatiku,
Supaya tak jatuh ke tangan yang tak tentu.

Tuhan,
Bimbingi tanganku,
Supaya terus berjalan di lorong yang satu.

Tuhan,
Sentuhi jiwaku,
Supaya hadirMu ku rasa setiap waktu.

Untitled 18

Things are going complicated when you are getting older,
yet they are the best teacher.

Untitled 15

Tuhan tak tengok paras rupa.

Apatah lagi darah kau warna apa.

Yang penting cuma iman & taqwa.

Maafkan Aku

Kawan,
aku rindu kita yang dulu,
kongsi suka dan sendu,
gila engkau dan aku.

Kawan,
kita makin dekat,
walau bukan hati tapi jasad,
hati bukan macam dulu bila aku peluk kau erat.

Kawan,
bukan niat aku mahu menjauh,
tapi takdir Tuhan, aku lupa mana dia jatuh,
mungkin atas riba engkau atau aku dia luruh.

Kawan,
10 jari aku pohon untuk waktu ini,
waktu aku dan dia sedang main hati,
entahlah bila akan berhenti,
mungkin esok atau sampai mati.

C.I.N.T.A

Cinta,
kamukah itu,
yang mengetuk di balik pintu?
Pintu hati aku?

Cinta,
adakah kamu datang ke hati,
dengan membawa kunci?
Adakah kamu pasti,
kunci itu mampu membuka hati?
Hati yang sudah lama menanti.
Hati yang hampir mati.

Cinta,
kalau betul kamu datang,
katakan kerana Tuhan kau datang,
kerana Tuhan, cinta kau sandarkan.

Cinta,
aku tak mahu kerana kamu,
aku lupa akan Sang Pencipta,
aku tak mahu kerana kamu,
aku lupa akan kebesaranNya.

Lalu cinta,
siapkanlah diri kamu,
jika ingin membuka pintu hatiku.

Kamu 1

Kamu,
Terima kasih.
Kerana memberi saya rasa,
Untuk tahu apa itu cinta.

Kamu,
Terima kasih.
Kerana mengingatkan saya,
Untuk tidak obses dengan bicara cinta.

Kamu,
Pergilah, jauh dari saya.
Supaya saya dapat mengubat luka.
Yang kamu tinggalkan pada hati saya.

Tuhan,
Jauhkan dia dari hati saya.
Hilangkan dia dari mata saya.
Jika dia bukan untuk saya.