.

.
Semalam yang sekejap tapi indah,
Bisa membuka ruang yang gelap lagi gundah.

Untitled 21

bulan,
kelmarin aku bermimpi,
belajar di luar negeri,
riang bermain salji.

bulan,
rupanya itu cuma mimpi,
yang ada hanya diri,
cuba mengintai pelangi,
sesekali.

Untitled 20

Diri, habiskan dukamu malam ini.
Carikan bahagiamu di embun pagi.

PEDULI

Jadi dewasa
Bukan maknanya kau sudah merdeka
Tingkah lagak malaikat, cakap ikut suka
Anggap kau yang terbaik satu dunia
Si anak perlu kata berhikmah, apa kau lupa?

Jadi remaja
Bukan tak arif tentang yang dikeji dan dimurka
Tapi konon, 'tak cool lah kalau tak mencuba!'
Jelas sudah depan mata, kenapa masih berlagak buta
Di kepalakah atau di lututkah kau punya mata?

Untitled 17

Never want to be perfect, because I need someone to perfect me.

Femina means Woman in Latin

Wanita,

Engkau itu ada untuk disayangi,
bukan untuk disakiti.

Engkau itu indah untuk dicintai,
bukan untuk dilukai.

Engkau itu wujud untuk dilindungi,
bukan untuk didagangi.

Untitled 16

Aku. Bukan engkau.
Engkau. Bukan aku.

Makanya. Diam!

Untitled 19

Wahai hati yang rapuh, berselawatlah agar cepat sembuh.
Wahai diri yang berkeluh, bertabahlah agar terus ampuh.

Hati, Tangan, Jiwa

Tuhan,
Pegangi hatiku,
Supaya tak jatuh ke tangan yang tak tentu.

Tuhan,
Bimbingi tanganku,
Supaya terus berjalan di lorong yang satu.

Tuhan,
Sentuhi jiwaku,
Supaya hadirMu ku rasa setiap waktu.

Untitled 18

Things are going complicated when you are getting older,
yet they are the best teacher.

Untitled 15

Tuhan tak tengok paras rupa.

Apatah lagi darah kau warna apa.

Yang penting cuma iman & taqwa.

Maafkan Aku

Kawan,
aku rindu kita yang dulu,
kongsi suka dan sendu,
gila engkau dan aku.

Kawan,
kita makin dekat,
walau bukan hati tapi jasad,
hati bukan macam dulu bila aku peluk kau erat.

Kawan,
bukan niat aku mahu menjauh,
tapi takdir Tuhan, aku lupa mana dia jatuh,
mungkin atas riba engkau atau aku dia luruh.

Kawan,
10 jari aku pohon untuk waktu ini,
waktu aku dan dia sedang main hati,
entahlah bila akan berhenti,
mungkin esok atau sampai mati.

C.I.N.T.A

Cinta,
kamukah itu,
yang mengetuk di balik pintu?
Pintu hati aku?

Cinta,
adakah kamu datang ke hati,
dengan membawa kunci?
Adakah kamu pasti,
kunci itu mampu membuka hati?
Hati yang sudah lama menanti.
Hati yang hampir mati.

Cinta,
kalau betul kamu datang,
katakan kerana Tuhan kau datang,
kerana Tuhan, cinta kau sandarkan.

Cinta,
aku tak mahu kerana kamu,
aku lupa akan Sang Pencipta,
aku tak mahu kerana kamu,
aku lupa akan kebesaranNya.

Lalu cinta,
siapkanlah diri kamu,
jika ingin membuka pintu hatiku.

Kamu 1

Kamu,
Terima kasih.
Kerana memberi saya rasa,
Untuk tahu apa itu cinta.

Kamu,
Terima kasih.
Kerana mengingatkan saya,
Untuk tidak obses dengan bicara cinta.

Kamu,
Pergilah, jauh dari saya.
Supaya saya dapat mengubat luka.
Yang kamu tinggalkan pada hati saya.

Tuhan,
Jauhkan dia dari hati saya.
Hilangkan dia dari mata saya.
Jika dia bukan untuk saya.

Untitled 14

Kamu,
kamu nampak saya tak hari ini?
Kamu tau tak,
hari ini saya terjatuh lagi.

Kamu pergi mana?
Saya perlukan kamu.
Tolong saya.
Saya dah tak mampu.

In Vain

Should I live in vain,
so that I could feel the pain?

SEPI?

Tolong jangan dekati saya.
Bukan saya tak suka.
Tapi saya takut hampa.

Untitled 9

To forget you I tried to be happy,
To remember you I can be crazy.

Untitled 14

If I give you my heart,
will you promise me not to break it apart?

Untitled 13

If my shoulder is not comfortable anymore for you to lean on,
just go, and let me feel the pain alone.