Kamu 1

Kamu,
Terima kasih.
Kerana memberi saya rasa,
Untuk tahu apa itu cinta.

Kamu,
Terima kasih.
Kerana mengingatkan saya,
Untuk tidak obses dengan bicara cinta.

Kamu,
Pergilah, jauh dari saya.
Supaya saya dapat mengubat luka.
Yang kamu tinggalkan pada hati saya.

Tuhan,
Jauhkan dia dari hati saya.
Hilangkan dia dari mata saya.
Jika dia bukan untuk saya.

8 tulis-tulis:

  azie

2008 Ogos 2 22:48

cinta?

-
--
----
--------

  A t i Q a h

2008 Ogos 4 19:27

Azie,
sila jangan teperdaya dengan unsur hiperbola dalam entri ini. Hak hak hak!

  azie

2008 Ogos 8 19:43

tqah

aku sentiasa disini utk kamu

jgn ragu2 dtg lompat ke bilik aku

jika kau perlu luahkan sesuatu

  Princess Liyana

2008 Ogos 9 00:19

Alahai sayang,kalau ada masalah, sharela dengan i ok?:)

Luka boleh diubat, it's a matter of time:)

  A t i Q a h

2008 Ogos 9 01:59

Azie,
er..aku rindu zaman dulu2..kita sembang2 atas katil sendiri2, sampai kita tertidur2. hi hi hi.

Ina,
sayang, sajak ini meaningless ye. Jangan difikirkan perkara yang serius. Eheh.



Weh kamu berdua, aku dah melanggar polisi blog ini yang mana, tiada sebarang komen balasan akan ditinggalkan. Tapi, kerana sayang, aku layan je la korang neh. Agagagaga.

  alifmimyanun

2008 Ogos 10 15:58

eh, tak bole komen ke ?

  Mohd Kamal

2008 Ogos 12 20:00

Di mana cinta, kasih & sayang..?? tumpang berteduh kat R&R ni jap..hujan air mata belum reda lagi..

  ana

2008 Ogos 17 09:21

entri yg lain...
ader pelawat yg ketagih nih, hikhikhik!