bulan,
kelmarin aku bermimpi,
belajar di luar negeri,
riang bermain salji.
bulan,
rupanya itu cuma mimpi,
yang ada hanya diri,
cuba mengintai pelangi,
sesekali.
Untitled 21
dari otak tengah A t i Q a h Jumaat, 26 Disember 2008 jam 1:43 PG
Untitled 20
dari otak tengah A t i Q a h Sabtu, 1 November 2008 jam 10:00 PTG
Diri, habiskan dukamu malam ini.
Carikan bahagiamu di embun pagi.
PEDULI
dari otak tengah A t i Q a h Khamis, 30 Oktober 2008 jam 1:39 PG
Jadi dewasa
Bukan maknanya kau sudah merdeka
Tingkah lagak malaikat, cakap ikut suka
Anggap kau yang terbaik satu dunia
Si anak perlu kata berhikmah, apa kau lupa?
Jadi remaja
Bukan tak arif tentang yang dikeji dan dimurka
Tapi konon, 'tak cool lah kalau tak mencuba!'
Jelas sudah depan mata, kenapa masih berlagak buta
Di kepalakah atau di lututkah kau punya mata?
Untitled 17
dari otak tengah A t i Q a h Jumaat, 10 Oktober 2008 jam 7:32 PTG
Never want to be perfect, because I need someone to perfect me.
Femina means Woman in Latin
dari otak tengah A t i Q a h Khamis, 25 September 2008 jam 12:23 PTG
Wanita,
Engkau itu ada untuk disayangi,
bukan untuk disakiti.
Engkau itu indah untuk dicintai,
bukan untuk dilukai.
Engkau itu wujud untuk dilindungi,
bukan untuk didagangi.
Untitled 16
dari otak tengah A t i Q a h Rabu, 24 September 2008 jam 3:21 PG
Aku. Bukan engkau.
Engkau. Bukan aku.
Makanya. Diam!
Untitled 19
dari otak tengah A t i Q a h Rabu, 10 September 2008 jam 11:22 PTG
Wahai hati yang rapuh, berselawatlah agar cepat sembuh.
Wahai diri yang berkeluh, bertabahlah agar terus ampuh.
Hati, Tangan, Jiwa
dari otak tengah A t i Q a h Sabtu, 23 Ogos 2008 jam 9:39 PG
Tuhan,
Pegangi hatiku,
Supaya tak jatuh ke tangan yang tak tentu.
Tuhan,
Bimbingi tanganku,
Supaya terus berjalan di lorong yang satu.
Tuhan,
Sentuhi jiwaku,
Supaya hadirMu ku rasa setiap waktu.
Untitled 18
dari otak tengah A t i Q a h Selasa, 19 Ogos 2008 jam 4:38 PTG
Things are going complicated when you are getting older,
yet they are the best teacher.
Untitled 15
dari otak tengah A t i Q a h jam 10:50 PG
Tuhan tak tengok paras rupa.
Apatah lagi darah kau warna apa.
Yang penting cuma iman & taqwa.
Maafkan Aku
dari otak tengah A t i Q a h jam 6:57 PG
Kawan,
aku rindu kita yang dulu,
kongsi suka dan sendu,
gila engkau dan aku.
Kawan,
kita makin dekat,
walau bukan hati tapi jasad,
hati bukan macam dulu bila aku peluk kau erat.
Kawan,
bukan niat aku mahu menjauh,
tapi takdir Tuhan, aku lupa mana dia jatuh,
mungkin atas riba engkau atau aku dia luruh.
Kawan,
10 jari aku pohon untuk waktu ini,
waktu aku dan dia sedang main hati,
entahlah bila akan berhenti,
mungkin esok atau sampai mati.
C.I.N.T.A
dari otak tengah A t i Q a h Khamis, 14 Ogos 2008 jam 2:00 PG
Cinta,
kamukah itu,
yang mengetuk di balik pintu?
Pintu hati aku?
Cinta,
adakah kamu datang ke hati,
dengan membawa kunci?
Adakah kamu pasti,
kunci itu mampu membuka hati?
Hati yang sudah lama menanti.
Hati yang hampir mati.
Cinta,
kalau betul kamu datang,
katakan kerana Tuhan kau datang,
kerana Tuhan, cinta kau sandarkan.
Cinta,
aku tak mahu kerana kamu,
aku lupa akan Sang Pencipta,
aku tak mahu kerana kamu,
aku lupa akan kebesaranNya.
Lalu cinta,
siapkanlah diri kamu,
jika ingin membuka pintu hatiku.
Kamu 1
dari otak tengah A t i Q a h Sabtu, 2 Ogos 2008 jam 1:53 PG
Kamu,
Terima kasih.
Kerana memberi saya rasa,
Untuk tahu apa itu cinta.
Kamu,
Terima kasih.
Kerana mengingatkan saya,
Untuk tidak obses dengan bicara cinta.
Kamu,
Pergilah, jauh dari saya.
Supaya saya dapat mengubat luka.
Yang kamu tinggalkan pada hati saya.
Tuhan,
Jauhkan dia dari hati saya.
Hilangkan dia dari mata saya.
Jika dia bukan untuk saya.
Untitled 14
dari otak tengah A t i Q a h Rabu, 30 Julai 2008 jam 12:58 PTG
Kamu,
kamu nampak saya tak hari ini?
Kamu tau tak,
hari ini saya terjatuh lagi.
Kamu pergi mana?
Saya perlukan kamu.
Tolong saya.
Saya dah tak mampu.
In Vain
dari otak tengah A t i Q a h Sabtu, 12 Julai 2008 jam 4:27 PTG
Should I live in vain,
so that I could feel the pain?
SEPI?
dari otak tengah A t i Q a h Rabu, 25 Jun 2008 jam 11:13 PTG
Tolong jangan dekati saya.
Bukan saya tak suka.
Tapi saya takut hampa.
Untitled 9
dari otak tengah A t i Q a h Isnin, 23 Jun 2008 jam 2:00 PG
To forget you I tried to be happy,
To remember you I can be crazy.
Untitled 14
dari otak tengah A t i Q a h Sabtu, 21 Jun 2008 jam 12:45 PG
If I give you my heart,
will you promise me not to break it apart?
Untitled 13
dari otak tengah A t i Q a h Jumaat, 20 Jun 2008 jam 11:34 PG
If my shoulder is not comfortable anymore for you to lean on,
just go, and let me feel the pain alone.
Untitled 11
dari otak tengah A t i Q a h Selasa, 17 Jun 2008 jam 6:20 PTG
I hope he notices me but he is not,
I hope he's happy although I am not.
Undergoing MyBlogLog Verification
Untitled 12
dari otak tengah A t i Q a h Isnin, 16 Jun 2008 jam 12:17 PTG
I've told myself to stop loving you,
but this feeling is damn hard to go through.
Untitled 10
dari otak tengah A t i Q a h Ahad, 15 Jun 2008 jam 6:18 PTG
Dia melangkah pergi,
maka lagu cinta kembali sepi.
Hati-Rusuh
dari otak tengah A t i Q a h jam 2:05 PG
Wahai hati yang gundah,
Ingatlah kamu akan Allah,
Tuhan yang satu untuk kau sembah,
Tuhan yang satu untuk kau pinta belas dah hidayah.
Wahai jiwa yang kacau,
Lupakah kamu akan Tuhan yang satu,
Tuhan yang sentiasa melihatmu,
Walau sejauh manapun kelanamu.
Wahai hati yang gundah,
Aku kata, bersyukurlah,
Tidak cukupkah rahmatNya yang selalu kau ratah,
Dan kadangkala kau sanggah.
Untitled 8
dari otak tengah A t i Q a h Sabtu, 7 Jun 2008 jam 3:20 PTG
God god,
butterflies in my stomach are very naughty,
could you chase them away for me?
Untitled 7
dari otak tengah A t i Q a h Khamis, 5 Jun 2008 jam 3:19 PTG
God,
send him away from my eyes,
if he is not meant for my life.
Untitled 6
dari otak tengah A t i Q a h Rabu, 4 Jun 2008 jam 3:17 PTG
Ke mana kau sembunyi wahai bulan?
Berlari ke langit masih belum kau kutemukan.
Untitled 5
dari otak tengah A t i Q a h Selasa, 3 Jun 2008 jam 3:16 PTG
Biar aku lihat kamu dari jauh,
hati tak gundah air mata tak jatuh.
Untitled 4
dari otak tengah A t i Q a h Isnin, 2 Jun 2008 jam 3:16 PTG
Sometimes I need a failure,
to wake me up from a deep slumber.
Untitled 3
dari otak tengah A t i Q a h jam 3:14 PTG
Dare me not to confess,
So in my heart I keep it always.
Sense
dari otak tengah A t i Q a h Ahad, 1 Jun 2008 jam 11:03 PG
Love is tasteless,
When I'm heartless.
Frustation
dari otak tengah A t i Q a h jam 10:38 PG
God,
give me strength,
when sadness is everywhere.
Untitled 2
dari otak tengah A t i Q a h Sabtu, 31 Mei 2008 jam 10:56 PTG
Because it is about my heart,
let me keep it as a secret.
Untitled 1
dari otak tengah A t i Q a h jam 1:55 PTG
My heart said yes, but my brain was confused,
I wanted to confess, but my mouth refused.
_____________________________________
If my eyes is the one you are looking at,
I'll give you the key to open my heart.
_____________________________________
If I'm willing to put away your tears,
would you lend me your shoulders?
________________
dari otak tengah A t i Q a h Jumaat, 25 April 2008 jam 9:37 PG
Kau dekat dengan mataku
Tapi kau jauh dari hatiku.
Aku ingin mencapai hatimu.
Tapi mengapa tanganku tidak kesampaian.
Bulan, boleh kau tolong aku?
Katakan padanya, aku ingin menyentuh hatinya.
Aku ingin memeluk jiwanya.
Kala ia sedih, waktu ia gembira.
I'm Away
dari otak tengah A t i Q a h Rabu, 23 April 2008 jam 6:38 PTG
You know I am always behind you
Following you step by step
But sorry for this time
I will take my own foot
To the destiny that you didn't plan before
For us
Ingkar Pada Yang Absurd
dari otak tengah A t i Q a h Selasa, 15 April 2008 jam 10:28 PTG
Mengeluh.
Aku pasrah.
Aku reda.
Aku letih.
Kau pergilah dari hatiku.
Aku tak daya menahan dan memujuk lagi.
Maaf.
Aku bukan Honda Tohru yang setia pada Kyo dan Ryoma.
Maaf.
Aku bukan Arai yang selalu melindungi Ikalnya.
Maaf.
Aku bukan Sang Tuah yang menuruti karenah sultannya.
Aku jelek.
Aku tak setia.
Aku tak bisa melindungi.
Aku jua tak dapat menuruti.
Pergilah kau.
Dari hatiku.
Untuk sekejap waktu.
Atau untuk selamanya.
Cuma satu aku pasti.
Ruang yang kau tinggalkan.
Dalam hatiku.
Tak bisa kuganti dengan siapa pun.
Dan yakinlah.
Jika kau ingin kembali ke hatiku.
Ruang kosong yang kau tinggalkan.
Masih ada. Tidak 'kan berpenghuni.
Kecuali engkau.
Jujur dan Ikhlas yang Curang
dari otak tengah A t i Q a h Isnin, 24 Mac 2008 jam 4:10 PG
Kepada kami yang
Jujur dan ikhlas perlu
Untuk persahabatan itu
Nampak sempurna di hati dan mata
Namun hakikatnya
Kau penipu!
Kau jujur? Ikhlas?
Jujurmu di mana?
Ikhlasmu masa bila?
Kau hanya berlagak dewa
Pada sahabat yang benar-benar
Sayang pada kau
Pergi matilah dengan jujur-ikhlas mu itu!
HUJAN & MATAHARI
dari otak tengah A t i Q a h Selasa, 11 Mac 2008 jam 7:19 PTG
Kau ke mana?
Puas aku tunggu,
tapi kau tetap sirna.
Aku rindu.
Hujan
Kau janganlah selalu datang
Nanti aku kelesuan
Nanti aku kelemasan
PENGHUNI YANG DULU
dari otak tengah A t i Q a h Ahad, 24 Februari 2008 jam 9:17 PG
Dulu dia pernah,
mendiami hatiku,
Diam dan kejap,
Lalu kemudian aku buang ia,
Lantaran ketidak pastian masa depan.
Dan hari ini dia muncul lagi,
Selepas tiga tahun,
Aku buang ia dari hatiku.
Kepingan gambar kenangan,
Tercantum kembali,
Menjadi ilusi yang sangat indah.
Dan sekali lagi aku buang ia,
Dari hatiku,
Lantaran ketidak pastian masa depan.
...
dari otak tengah A t i Q a h Khamis, 14 Februari 2008 jam 10:25 PTG
Tuhan,
Aku sudah penat Tuhan,
Aku sudah penat menunggu,
Aku sudah letih mencari,
Walau ku tahu,
Belum tiba masaku lagi,
Mencari apa yang harus dicari,
Kadang ku rasa lelah,
Aku hamper tewas dengan godaan dunia yang tak sudah,
Tolong aku Tuhan,
Bantu aku untuk tabah,
Untuk aku tidak putus asa,
Untuk aku bersabar,
Diri ini terasa sungguh malu denganMu,
Tapi aku tahu Kau mengerti,
Aku hambaMu yang lemah,
Yang tidak sempurna,
Tuhan,
Walau bukan di atas sejadah,
Tapi aku harap kau dapat mendengar,
Segala resah dan risauku
Terima kasih Tuhan..
Sunday, March 18, 2007 11:24:49 PM
KANGEN
dari otak tengah A t i Q a h Rabu, 13 Februari 2008 jam 3:19 PG
Aku jadi rindu
Pada teman itu
Yang pasti datang,
tika duka menghampiri
Lalu dia duduk, dekat sekali denganku,
Tanpa bersuara apa-apa
Cukup hanya dengan diam
Sambil melentokkan kepala dibahuku
Dan selepas tenang, dia akan berlalu
Jua dengan langkah yang tenang
Tiba-tiba
Aku jadi rindu
Pada teman itu
Rindu sekali...
DIMENSI
dari otak tengah A t i Q a h jam 3:06 PG
Di ruang yang luas dan gelap itu
Aku dapat merasakan
Betapa aku dekat dengan Mu
Sepertinya
Aku dapat bercakap dengan Mu
Tentang kesedihan ku
Tentang dosa-dosaku
Tentang pengharapanku
Tentang kesyukuranku padaMu
Tentang ketakjuban aku padaMu
Tentang segala-segalanya
Walau tanpa suara
Walau tanpa balasan
Tapi aku tahu wahai Allah
Kau Maha mendengar dan mengetahui
Apa yang aku tidak tahu
Maka itu Ya Allah
Aku mohon kepadaMu
Untuk terus memberikan aku kekuatan
Supaya aku dapat selalu berada di ruangan itu
Untuk menyatakan segala apa yang ada di hati dan jiwaku
Terima kasih wahai Allah
Kerana menyediakan ruang itu kepadaku
2/27/2007 11.02 a.m.